3

Fahamilah CINTA

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???


Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "


* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..
3

Selamat hari Lahir Yang Ke-23

26 september 1986 = 26 september 2009

SELAMAT HARI LAHIR MOHD TASNIM B. MOHD HALIL @ YEOP @ USTAZ YEOP @ DJ YEOP/DESAFM..
1

Salam Ramadan & Syawal...


Salam..

Sudah beberapa kali aku menghantar posting mengatakan untuk kembali aktif dalam bidang blogging nih..Tapi setiap kali itu jugaklah aku tewas dan memungkirinya..Maafkan diri ini wahai sekalian kenalanku..Aku tak mampu nak berbuat apa-apa buat masa ini..Komitmenku tidak dapat diberikan pada berblog..

Semakin hari semakin bnyk yang perlu aku fikirkan..Dengan kerja yg tidak pernah selesai dan pelajaran yang perlu di timba dan di cari..Perjuangan jua perlu diteruskan..Dalam masa terdekat nih aku mempunyai bnyk perkara yang perlu dilakukan..

Anak-anak murid akan menghadapi UPSRA dan UPKK, Program Hi-tea anjuran PIBG, Majlis Khatam Al-Quran, Lawatan sambil belajar, Koperasi sekolah, Majlis Penyampaian Hadiah...

Kelas Hujung minggu aku teah bertambah..Ini kerana aku dah mua mengikuti kelas bahasa Arab, juga di U.Malaya..Naik saja cuti Raya nih, Exam untuk Sijil pengajian Usuluddin menanti ( 3/10/2009 )..Kelas Hadith seperti biasa, dan bertambah menarik..Mentakhrj hadith..

Kelas Mengaji anak-anak kak ain juga tak terlepas...Lokman sudah nak habis Iqra' 6..InsyaAllah tahun depan naik Al-Quran..

Bagan Pinang menanti kehadiran aku..InsyaAllah..Takbir...!!!

Apa-apa pun inilah namanya kehidupan dan cabaran yang perlu aku tempuh..Perjuangan yang tidak pernah selesai..Walaubagaimana kita sibuk atau susah sekalipun, yang penting ia bernilai disisi Allah SWT..Jangan kita sia-siakan masa yang kita ada ni..Umur kita tidak panjang..Jadi gerakkanlah untuk mencari dan mendapatkan keredhaan Allah..

Mungkin masih sempat untuk aku ucapkan SALAM RAMADAN AL-MUBARAK & SALAM HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal menjelma minggu depan..InsyaAllah..

Kepada mak dan abah di kampung, nantikan anakanda pulang tuk menyambut Raya bersama..Tingkatkan amalan kita di 10 malam terakhir ini untuk mengejar malam LAILATUL QADAR..InsyaAllah..

Salam Kasih dan Sayang dariku buat semua sahabat blogger...